31 March 2009

KB Bermandi Cahaya

Semperna hari keputeraan Al-Sultan Kelantan, Bandar KB mula terserlah dengan kiluan lampu jalan dan pintu gerbang yang bergemerlapan. Berikut ialah antara pic yang sempat diambik semasa pusing2 bandar KB 31Mac2009. Act. banyak lagi pintu gerbang yg cantik2. Baru cover 2, imran, sofia, sabrina & iman dah beradu. Tak sempat nak ambik semua.. Kepada mereka yang tak sempat "tengok lampu" tahun nie, enjoy this...














Cuti Keputeraan AlSultan Kelantan

30mac2009,
930am, Bfast bsama keluarga di Nasi Kerabu Cherang. Lepas Bfast, terus ke Billion. Ngam-ngam 1030, Billion baru buka (G'ori..). Niat dihati, just nak window shopping.. Bekenan pulak tengok baju tido budak-budak. Imran, sofia & sabrina dapatla sorang sepasang baju tido Disney. Iman dapat baju baru (AnakKu, kira mahal gak nih..). Mamanye lak dapat seluar slack. Lepas beli buah & etc., keluar Billion dan terus ke airport.. bukan nak terbang, nak lunch KFC.

Lepas lunch, balik rest. Ingatkan 430 nak santap di istana, coz dapat jemputan Majlis Taman Diraja. Sms Nazri, tak jadi lak nak G. So, cancell prog tu. On laptop, create blog utk Imran & Sofea. 630pm, kluar dinner di Kenali Restrn. Lepas dner, singgah lak di Muda Osman... imran & sofea nak pensil. Beli utk sabrina skali..

Mlm, lepas isyak semua dah beradu... So, cont updates blog imran & sofia. Dah nampak mantap dah. Lastly, masuk cite sikit dlm blog ni..

5 minit lg nak pkl 1am. Nak g tido dah... esok pagi plan nak ke Rantau Panjang :)

Tata.

30 March 2009

Yang best ari nie...

Salam..
yg best ari ni.. 29mac2009
745am : dah sampai white house*, pekena nasi dagang, rotibakar & telor separuh masak
9am -1255noon : sattle keje ape yg patut. Nazri buat lawatan mengejut... & promote blog die. Boleh tahan gak biz bundle die..
1pm : jemput sofia, antar rumah & lunch
2pm: lepas g EON*, sms Kerol turun lobby utk sattle GPS di Klinik2 di Tumpat. berjaya sattle 5 klinik (Bendang Pak Yong, Pengkalan Kubur, Sungai Pinang, Bunohan, Teluk Jering)
515pm: sattle semua klinik, otw balik pekena nasi air Mok Su Nab.
9-12pm: updates blog.

Adios...

AL QURAN DIGITAL




QARI CD FOR DIGITAL FURQAN

30 juz dalam 1 CD
Teknologi terkini
Memudahkan pencarian bacaan, samada melalui surah atau juzs
Berfungsi secara "autorun"
Bacaan dari Qari yang termasyhur
Vol.1 : Sheikh Mahmud Khalil Al Khusairi – Pilihan saya
Vol 2 : Sheikh Saad Al Ghamidi –yg selalu diperdengarkan oleh
radio IKIM
Kedua-dua Vol adalah sama cuma qarinya berlainan.
Teknologi MP3 untuk bunyi yang jelas dan tepat mahraj
Huruf Mushaf yang terang dan jelas
Menggunakan teknologi penunjuk tepat
Mempunyai terjemahan dalam dua bahasa pilihan iaitu, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap ayat yang dibaca akan disertakan dengan terjemahan dlm bahasa malaysia/ bahasa inggeris (mengikut pilihan anda).
Kemudahan untuk mencari dalil berkaitan dengan tajuk-tajuk pilihan. Terdapat index
yg membolehkan anda mencari dalil-dalil yang berkaitan dengan perkara yang anda ingin kaji. Cthnya, bila anda klik "air" pada ruangan search index, semua dalil yg berkenaan dengan air akan disenaraikan siap dengan terjemahan sekali.
Mempunyai kemudahan penanda bacaan. Anda boleh bookmark setakat ayat mana anda dah baca utk disambung balik bacaan pada masa lain.
Kemudahan untuk mengumpul koleksi ayat-ayat pilihan
Microsoft Windows 95/98/XP/2000 dan ke atas
Dan beberapa lagi keistimewaan lain
CD Original dan pengeluarannya disahkan oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Buku panduan pengguna disertakan
Cetakan baru ini telah dipertingkatkan dan dikemaskini beberapa ciri seperti fungsi search dari versi lama sebelum ini.

Harga sekeping hanya RM65 (Harga asal RM69). Kos penghantaran utk Semenanjung dan Msia timur tak dicaj kecuali luar negara. So kalau ambik by hand pun harga sama.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan CD tersebut bolehlah email kepada saya : ifan2000@gmail.com

“Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?”
Qalam: Ayat 37.

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka mata hati manusia dan menjadi hidayat petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya) Al Jatsiah: Ayat 20.

Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari) dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya. Al Isra’: Ayat 12

Faris Irfan
29 Mac 2009

29 March 2009

Selamat Datang Ke "eFun Journal"

Harap semua pengunjung tidak segan silu men"default"kan webpage ini di web browser masing2. hehes..